Sunday, May 6, 2007
Saturday, April 28, 2007
Sah! Azali dilantik semula 2 tahun.
Menerusi surat lantikan semula daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia rujukan KPT.S(PT)7613/1/4(5) bertarikh 18 April 2007, sukacita dimaklumkan bahawa Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Azali bin Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia. Pelantikan ini adalah untuk tempoh (2) Dua Tahun berkuatkuasa mulai 16 Mei 2007 hingga 15 Mei 2009.
Sunday, April 22, 2007
Kami mahasiswa, biar kami yang tentukan siapa TNC kami.
Mahasiswa-mahasiswi UPM kini sudah jemu dan jelik dengan apa yang telah dilakukan oleh Dr. Azali sepanjang tempoh pemerintahan.
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua warga UPM untuk melakukan perubahan agar universiti ini mampu ditadbir oleh TNC yang adil dan berwibawa.
PMPUPM mendesak Naib Canselor UPM dan Menteri Pengajian Tinggi agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan pemilihan TNC di UPM yang dipilih oleh mahasiswa dan mahasiswi UPM setiap dua tahun sekali.
Dengan wujudnya pemilihan TNC ini, para mahasiswa secara adil dan bijak akan memilih TNC yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka selaku TNC berdasarkan imej calon TNC sebagai seorang pensyarah yang dihormati mahasiswa.
Biar mahasiswa-mahasiswi UPM yang menentukan halatuju UPM. Biar mahasiswa tentukan ke mana UPM ini hendak dibawa.
Tuesday, April 10, 2007
Jadual tugas di Machap: Sila semak di manakah TNC anda!
Wednesday, April 4, 2007
IPTA jadi perkakas BN di Machap: Ini buktinya!
dengan mengarahkan mereka ke mesyuarat khas di ibu pejabat Umno, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, pertengahan 2005,
maruah timbalan-timbalan naib canselor HEP bergelar Profesor dan Dato' jatuh menjunam.
....lagi.
Saturday, March 31, 2007
Kod Etika Pakaian UPM.
-tidak boleh memakai jeans.
-Mesti memakai kasut.
-Mesti memakai baju berkolar.
-Mesti memakai kad matrik.
Situasi di UPM.
Mahasiswa yang tidak memakai peraturan di atas akan diberi amaran dan didenda sebanyak RM30.
Peraturan ini telah diketatkan setelah pihak universiti menjalankan ISO pada 2 bulan yang lalu, semakin ramai pelajar yang diberi amaran dan denda.
Perlukah Kod Etika Pakaian?
1. Mahasiswa telah mempunyai pemikiran yang matang atas pakaian yang sesuai untuk kita.
Dari segi undang-undang, kita adalah orang dewasa yang berupaya membuat keputusan untuk diri sendiri.
2. Mahasiswa patut menghayati kebebasan berpakaian. Pemaksaan dalam pemakaian telah melanggar hak asasi mahasiswa.
3. Peraturan yang tidak wajar menjadi satu halangan kepada mahasiswa. Mahasiswa yang sibik dengan pelajaran dan kuliah, perlu risau lagi tentang pemakaian.
Ini akan memberi tekanan kepada mahasiswa.
4. Jeans paling sesuai untuk mahasiswa disebabkan tidak mudah kotor dan tidak perlu dicuci setiap hari. Ini telah menjimatkan masa para mahasiswa.
Fikir Balik Tentang Kod Etika Pakaian.
Kolej swasta dan universiti lain pula tiada peraturan yang menyekat mahasiswa darisegi pakaian, mahasiswa mereka bebas memakai pakaian ke kuliah.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Kod Etika Pakaian, anda boleh
1. Tidak perlu mengikuti peraturan ini dengan membuta tuli tetapi membuat keputusan yang bijak semasa memilih pakaian yang bersesuaian.
2, Membuat aduan kepada;
Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed,
Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran
Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang.
Tel; 603-89466064
Faks; 603-89432515
H/P; 019-3513078
3. Mengedarkan risalah ini kepada kawan kamu.
4. Hubungi kami di ibu pajabat GMM; 603-89441039, dan Saudara Simon Ooi Tze Min 012–4202264.
MPP produk gagal Azali.
Sepanjang pemerintahan Azali, tidak pernah didengari bahawa MPP merupakan satu badan yang benar-benar membela nasib mahasiswa di UPM. Kebanjiran golongan aspirasi yang diasuh oleh Azali, telah merencatkan perjalanan MPP yang asli selaku penyelesai masalah mahasiswa. Tidak ada langsung pemimpin pelajar yang berkaliber dan yang mampu menggegarkan dunia mahasiswa malahan dunia lapangan masyarakat juga belum tentu dapat dikuasai oleh pemimpin mahasiswa MPP di bawah naungan Azali.
Menyedihkan, apabila MPP dikuasai oleh golongan aspirasi. Ke'anaktiri'an ahli MPP yang datang dari kalangan bukan aspirasi telah direncatkan kefungsiannya. Malah, lebih teruk lagi, tidak diajak untuk menjalankan tugas bersama seiring dengan objektif MPP itu sendiri. Amat lemah. Itulah yang boleh disimpulkan kepada gerakan MPP di UPM sekarang.
Apa sumbangan MPP kepada mahasiswa selama ini jika benar-benar wujud lagi MPP di UPM. Dengan penat lelah mahasiswa turun mengundi, tidak ada satu pun usaha MPP yang boleh dibanggakan. Lagenda pemboikotan pilihanraya kampus di UPM sesuatu anugerah yang paling berharga, dan selagi MPP yang kecundang di tangan Azali ini masih bernyawa, selagi itu mahasiswa terseksa. Sikap menyombong dan kebongkakkan ahli MPP terhadap kakitangan juga satu perkara yang bukan aneh sepanjang MPP yang di'tadbir' Azali (sebenarnya).
Friday, March 30, 2007
Pendedahan Berani!
Katakan TIDAK kepada Dr. Azali. Nyatakan sokongan anda terhadap kami. Salin HTML gambar ini, tampal dalam Template, dan paparkan ia dalam Blog anda.
PMPUPM.